Negara yang mengambil bahagian Piala Ulang Tahun PSSI 2018

Sebanyak empat negara terdiri daripada tuan rumah Indonesia, Bahrain, Korea Utara dan Malaysia yang sebelum ini telah mengumumkan penyertaan mereka dalam kejohanan itu.[2][3][5] Pada 12 April 2018, Malaysia mengumumkan penarikan diri mereka kerana tarikh kejohanan adalah bersamaan dengan jadual liga mereka yang menyebabkan setiap pemain mereka akan sibuk dengan perlawanan kelab masing-masing yang akan menghalang mereka daripada bermain dengan pasukan kebangsaan.[6][7] Dua calon pengganti dari Senegal dan Uzbekistan kemudian dipanggil oleh PSSI,[8] dengan Thailand, Vietnam, Turkmenistan dan Tajikistan juga diputuskan sebagai calon berpotensi lain walaupun Thailand dan Vietnam telah memberi respons bahawa pemain mereka juga sibuk dengan jadual liga yang ketat di negara mereka.[9] PSSI kemudiannya memutuskan Uzbekistan sebagai calon pengganti yang sesuai.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Piala Ulang Tahun PSSI 2018 http://m.gdnonline.com/details.html?id=350549&titl... http://www.goal.com/id/berita/juara-piala-asia-u-2... http://m.tribunnews.com/superskor/2018/04/12/alasa... https://bola.tempo.co/read/1075647/timnas-u-23-iku... https://m.bola.com/indonesia/read/3448747/malaysia... https://bolalob.com/read/79269/pssi-jelaskan-forma... https://bolalob.com/read/80971/pssi-terapkan-regul... https://m.cnnindonesia.com/olahraga/20180412162129... https://sport.detik.com/sepakbola/liga-indonesia/d... https://bola.kompas.com/read/2018/02/27/15450088/p...